Ahad, 24 April 2011

Majlis Penyerahan Blok Kediaman Dan Bengkel FSSR

Pagi ini berlangsung satu lagi sejarah di UiTM Caw.Melaka dimana penyerahan rasmi blok kediaman Asrama Dan Bengkel FSSR. Penyerahan dilakukan oleh pihak JKR Negeri Melaka Dan Datuk Rektor UiTM Caw. Melaka akan menerimanya. Majlis berlangsung di Dewan Makan Bentara.

Sabtu, 9 April 2011

Sepetang dengan Media

Alhamdulillah. Majils sepetang dengan Media semua berjalan lancar.... Terima kasih pada semua yang terlibat, komiti komed, staf unit komunikasi korporat, vvip kita Datuk prof madya dr mizan, rektor UiTM Melaka. Pihak media yang hadir... Thank you very-very much...

Selasa, 5 April 2011

Aktiviti Unit Komunikasi Korporat

Sukacita dimaklumkan pada hari Sabtu 9 hb April 2011 jam 2.00 petang Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka akan mengadakan |Majlis Hi Tea bersama Media Massa tanahair di Lagecy Avillion Hotel Melaka.
Majlis ini juga akan merasmikan Kelab 1 Malaysia UiTM Melaka dan melancarkan pameran dan buku keratan akhbar UiTM Melaka. 

Review Minor 2011

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar 05A dan 05B anda semua akan terlibat secara langsung dengan review ke 3 pada Rabu 6 hb April 2011 di Studio 05 jam 9.00 pagi. Harap semua bersedia dan printout Logo Design, Graphic Item, Advertising dan Illustration.