Sabtu, 5 November 2011

Seni Reka Grafik Dan Kehidupan

Tajuk ini adalah tajuk seminar yang diberi di SMK Tinggi Perempuan Melaka. Seminar tersebut disertai oleo semua pelajar tingkatan 4 Dan 5 seluruh sekolah Negeri Melaka. Seramai 200 orang peserta turut serta.

Isnin, 11 Julai 2011

Lama tidak ke udara.

Assalamualaiku wht. Lama betul aku tidak lihat blog ini. Alasannya adalah kesibukan...

Selasa, 10 Mei 2011

Renungan

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.
Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim


2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya

Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil

Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik

Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik )

Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

9. Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa

Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

10. Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya

Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

11. Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

12. Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

13. Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

14. Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

15. Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

16. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

17. Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

18. Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku

Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

19. Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

20. Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

21. Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

22.Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

23. Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

24. Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini....

Ahad, 8 Mei 2011

Unit Polis Bantuan UiTM Caw. Melaka

Unit Polis Bantuan UiTM Caw. Melaka

Universiti Teknologi MARA Caw Melaka, kampus Alor Gajah. 9 Mei 2011.
Menjadi satu sejarah permulaan bagi Unit Keselamatan UiTM Caw Melaka yang telah dinaik taraf kepada Unit Polis Bantuan. 
Menurut kata Kapt (B) Abd Razak Hj Othman jumlah anggota yang telah memakai uniform Polis Bantuan seramai 60 orang yang melibatkan UITM Kampus Alor Gajah dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
Satu majlis ringkas telah disempurnakan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, En Baharim bin Samuri pagi tadi Unit Polis Bantuan UiTM Caw. Melaka, kampus Alor Gajah.
Semoga dengan tranfomasi ini perkhidmatan dan keadaan di dalam UiTM akan lebih terjamin serta selamat. Selamat Maju Jaya kepada Unit Polis Bantuan kita.

Sabtu, 7 Mei 2011

Hujung Minggu

Awal pagi lepas subuh, kayuh basikal... Santai-santai je.
Balik terus beli sayur di kg rembia.... Selepas sarapan
Pagi sayang isteri, jemur baju yg telah dicuci... Siap
Mesin rumput... Tak siap lagi sebab dah mula panas... Ptg
Nanti sambung lagi... Letih rasanya...

Rabu, 4 Mei 2011

Jemputan ke Majlis Perasmian Tunas Ilham 7

Dengan segala hormatnya ahli blogger semua di jemput untuk menghadiri ke Majlis Perasmian Pameran Tunas Ilham 7-2011 digaleri seni UiTM Caw. Melaka. Seperti tetapan berikut:
Tarikh: 6 Mei 2011
Hari. : Jumaat
Masa. : 8.30 pg
Tempat: Galeri Seni UiTM Caw Melaka

Harapan dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis tersebut.